masa itu emas

ONLINE

Monday, July 27, 2009

H1N1 di Malaysia kini mencecah 1,000 kes

H1N1 di Malaysia kini mencecah 1,000 kes

KUALA LUMPUR: Jangkitan influenza A (H1N1) di Malaysia kini mencecah 1,000 kes apabila 54 lagi kes baru dilaporkan di seluruh negara hari ini, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican. Beliau berkata daripada jumlah kes baru itu 43 kes adalah kejadian dari tujuh kluster baru, lima daripada kluster sedia ada manakala enam lagi adalah kes terpencil termasuk satu kes import. "Sehingga kini, sebanyak 1,075 kes dicatatkan dengan satu kematian dengan 574 kes atau 53 peratus adalah kes import manakala 501 kes atau 47 peratus kes jangkitan tempatan.
"Hanya empat kes atau satu peratus sahaja yang sedang menerima rawatan anti-viral di hospital," katanya dalam satu kenyataan di sini. Sehubungan itu, beliau berkata pihak Kementerian akan terus memantau kejadian kes H1N1 mahupun "Influenza-like illness"(ILI) yang dimasukkan ke hospital. Beliau menasihatkan orang ramai termasuk pihak pengurusan institusi pendidikan dan tempat kerja supaya lebih peka dan berinformasi mengenai penyakit berjangkit ini.
Ismail juga meminta orang ramai melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan terdekat sekiranya terdapat tanda-tanda orang di sekeliling mereka menampakkan simptom yang menjurus kepada jangkitan H1N1 dan ILI. "Mereka yang mendapat gejala yang teruk atau berisiko tinggi perlu segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan," katanya Mengenai langkah untuk memperlahankan penularan wabak itu, Ismail berkata orang ramai perlu patuhi beberapa peraturan yang digariskan termasuk mengamalkan kebersihan diri terutama membasuh tangan secara rutin serta mengamalkan duduk berjarak sekurang-kurangnya satu meter dengan individu lain di samping mengurangkan majlis perjumpaan. "Kes yang bergejala ringan boleh berehat di rumah tetapi perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di tahap yang optimum dan memakai topeng mulut dan hidung dan jika gejala bertambah teruk, segeralah mendapatkan rawatan," katanya.
Mengenai kes kedatangan yang berkurangan disebabkan demam, batuk dan selesema sama ada di sekolah mahupun di tempat kerja, Dr Ismail berkata perkara itu perlu dilaporkan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat. "Bagi pelajar yang sekolah dan institusi mereka terlibat dengan arahan penutupan sementara, adalah dimaklumkan hanya mereka yang bebas dari tanda-tanda H1N1 atau ILI sahaja yang dibenarkan pulang. "Bagaimanapun, bagi mereka yang masih ada tanda penyakit itu, kita nasihatkan mereka untuk terus berehat kerana mereka masih mempunyai risiko untuk menularkan virus di kalangan rakan masing-masing," katanya. Di LABUAN, lapan pelajar dari dua sekolah menengah yang baru pulang dari Melaka mengikuti program kadet pertahanan awam anjuran Jabatan Pendidikan Labuan dimasukkan ke hospital pada Ahad selepas didapati positif H1N1. Mereka adalah antara 17 pelajar dari Sekolah Menengah Pantai dan 17 dari Sekolah Menengah Sungai Bedaun yang menaiki penerbangan Air Asia AK5177 dari Kuala Lumpur yang tiba di lapangan terbang Labuan jam 10.40 pagi tadi. Baki 26 pelajar bersama dua orang guru yang mengiringi mereka diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama tujuh hari mulai hari ini. Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Zaini Hussin berkata, lapan pelajar itu dimasukkan ke hospital selama tujuh hari. Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Mahal menasihatkan pelajar dan ibu bapa mereka jangan panik tetapi sentiasa mematuhi prosedur perubatan.

di petik dari Bernama : Berita Harian

FASA PERLINDUNGAN DAN RAWATAN INFLUENZA A (H1N1) PROTECT AND TREAT PHASE

FASA PERLINDUNGAN DAN RAWATAN INFLUENZA A (H1N1)Dari 25 Julai 2009

Mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di mana saja, pada setiap masa. Kerap mencuci tangan.

Mengenalpasti dan memberikan rawatan awal kepada mereka yang :

  • - Mempunyai penyakit yang sederhana atau teruk.
  • - Berkemungkinan mendapat akibat yang teruk - seperti mereka yang mempunyai penyakit kronik, - mereka yang mempunyai kurang daya tahan, ibu-- ibu mengandung atau obesiti yang berlebihan.

Untuk melindungi kumpulan yang berkemungkinan mendapat akibat yang teruk, langkah-langkah pengawalan wabak akan diteruskan di tempat-tempat seperti hospital-hospital, sekolah-sekolah dan penjara.

Pemantauan penyakit seakan-influenza dan radang paru-paru yang luarbiasa diteruskan di pusat-pusat kesihatan dan hospital-hospital.

Tidak ada tegahan mengenai perhimpunan ramai. Akan tetapi, oleh kerana terdedah kepada perkumpulan yang ramai, mereka yang berkemungkinan mendapat akibat yang teruk adalah sebaik-baiknya mengelakkan dari menghadiri perhimpunan tersebut.

Mengikut peraturan-peraturan melawat pesakit di hospital.

Untuk melindungi orang lain, mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit sebaik-baiknya:

  • Mendapatkan rawatan perubatan seawalnya.
  • Mengasingkan diri dari orang lain. Jangan pergi ke - tempat kerja/sekolah, jangan menghadiri - perkumpulan sosial.
  • Gunakan penutup mulut dan hidung.
  • Gunakan kertas tisu pakaibuang apabila batuk - atau bersin dan segera membuangnya ke tong - sampah.

PROTECT AND TREAT PHASE INFLUENZA A (H1N1) From 25 July 2009

Maintain hygiene and cleanliness everywhere, at all times. Wash hands often.

Identification and early treatment of people who:

  • Have moderate or severe disease
  • May be vulnerable to severe outcomes such as people with chronic diseases, people with compromised immunity, pregnant mothers or gross obesity.

To protect large groups of vulnerable people, outbreak control measures in institutional settings such as hospitals, schools and prisons will be continued.

Surveillance of influenza-like illness and unusual pneumonia to be continued in health centres and hospitals.

No restrictions on mass gatherings. However, in view of exposure to a large number of people, those who may be vulnerable to severe outcomes should consider not attending the event.

Strictly follow regulations for visiting patients in hospitals

In order to protect others, those with symptoms should:

  • Seek medical treatment early.
  • Consider self-isolation. Do not go to work/school, do not attend social gatherings.
  • Wear surgical face mask.
  • Cough or sneeze into disposable tissue paper and throw away the tissue paper immediately into a rubbish bin.

Di petik dari :- http://www.moh.gov.bn/

Friday, July 24, 2009

Peristiwa Israk dan Mikraj



PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan MikrajRasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1).

(di petik dari al-azim.com)

Tuesday, July 21, 2009

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta





Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!



Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard,
sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.



Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60
darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.



Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Catuan Air Di Labuan

LABUAN: Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan melaksanakan jadual catuan air kepada pengguna di pulau ini bagi mengatasi musim kemarau berpanjangan yang dijangka akan berterusan sehingga September de-pan.

Pengarah Jabatan Bekalan Air Labuan, Haji Sulaiman Kamisan, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin sebagai berkata, bermula pada Mac lalu sehingga bulan ini, Labuan telah menghadapi masalah kekurangan air yang kini di tahap kritikal akibat keadaan cuaca yang panas serta kemarau yang berpanjangan.

Katanya, paras simpanan air di tiga empangan yang membabitkan Empan-gan Bukit Kuda, Kerupang dan Sungai Pagar yang membekalkan 20 peratus keperluan air di pulau ini kini di tahap kritikal.

Katanya, walaupun Labuan menerima 80 peratus bekalan air setiap hari dari Loji Air Gadong Beaufort di Sa-bah, namun ia tidak cukup untuk keperluan 87,000 penduduk Labuan.

“Oleh yang demikian JBA terpaksa melaksanakan jadual pencatuan be-kalan air bagi membolehkan air bersih dapat dibekalkan kepada pengguna” katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan kepada penduduk Labuan supaya mengambil langkah penjimatan air dan mengunakan air secara berhemah.

Dalam perkembangan yang lain, projek menaik taraf dan menggantikan saluran paip air baru di hampir keseluruhan di pulau ini turut menjadi ganguan bekalan air sejak beberapa bulan yang lalu.

Antara kampung yang pernah terjejas teruk dengan projek ini ialah Kam-pung Bebuloh dan Kampung Sungai Bedaun dan beberapa kampung yang lain.


Dipetik dari:- www.newsabahtimes.com.my

Thursday, July 16, 2009

Serangan virus CurseSMS ke telefon bimbit

AWAS pemilik telefon bimbit kerana terdapat virus yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) berleluasa sekarang dikenali sebagai Curse of Silence atau CurseSMS.

Virus ini akan membawa kepada serangan penafian servis dan ia ditemui baru-baru ini oleh Tobias Engel dan didedahkan pada Chaos Communication Congress ke-25.

Serangan ini melibatkan SMS yang dicipta dengan niat untuk dihantar kepada sasaran berpotensi.

Penerimaan SMS tersebut menyebabkan peranti yang menjadi sasaran tidak lagi dapat menerima mesej SMS atau MMS.

Bergantung kepada versi sistem operasi telefon mudah alih yang menjadi sasaran, peranti tersebut mungkin memerlukan pelarasan semula di kilang untuk berfungsi seperti sedia kala.

Bagaimanapun, Fortinet baru-baru ini mengumumkan bahawa Pasukan Penyelidikan Keselamatan Sedunia FortiGuard telah mengeluarkan versi baru peralatan FortiCleanUp untuk membantu para pengguna pulih daripada serangan virus itu.

FortiCleanUp merupakan siri peralatan percuma yang beroperasi dalam telefon mudah alih yang dikuasakan oleh SymbianOS S60 dan direka bentuk untuk menyingkir dan memulihkan peranti dari 'perisian jahat' tertentu dan perisian lain yang berkaitan.

Fortinet menyediakan lesen percuma kepada peralatan baru FortiCleanUp yang membantu memulihkan telefon bimbit yang diserang oleh CurseSMS itu.

Peralatan FortiCleanUp untuk Curse of Silence akan mengimbas secara automatik dan menyingkirkan mesej SMS atau MMS berniat jahat yang menghalang telefon bimbit tersebut untuk beroperasi dengan baik.

Peranti yang mudah terdedah kepada serangan ini termasuklah telefon mudah alih Nokia yang menggunakan SymbianOS S60 Edisi kedua dengan Feature Pack 2 dan 3, Edisi ketiga, serta Edisi ketiga dengan Feature Pack 1.

Ini termasuk telefon bimbit lain dari siri 'N' hingga N95 dan dari siri 'E' hingga E90, selain dari model-model yang lebih lama seperti 6680.

Untuk perlindungan lengkap yang sebenar, pasukan FortiGuard mengesyorkan pemasangan FortiClient Mobile Fortinet ke peranti-peranti telefon bimbit.

Perisian keselamatan ini menyediakan ciri agen keselamatan bersepadu termasuk firewall peribadi, IPSec VPN, antivirus, antispyware dan anti-spam SMS.

Agen perlindungan FortiClient dipekuasa dengan langganan servis keselamatan FortiGuard untuk membantu melindungi peranti-peranti dari ancaman bersepadu terkini.

FortiClient Mobile menyediakan timbang ringan, ciri agen keselamatan bersepadu dan kini disediakan untuk Microsoft Windows Mobile dan sistem operasi SymbianOS S60.

Untuk maklumat selanjutnya bagi khidmat nasihat ini atau senarai lengkap telefon bimbit Nokia yang disasarkan oleh Curse of Silence / CurseSMS, sila layari: http://www.fortiguardcenter.com/advisory/FGA-2008-31.html

TIPS MELAYARI INTERNET

Tips kepada pengguna yang ingin melayari internet dan cara mengetahui websit tersebut selamat dilayari atau tidak. Disini saya ingin berkongsi sedikit infomasi :-

1) Install Mozilla FireFox
2) layari http://www.siteadvisor.com/ dan click Download Siteadvisor.
3) Ikuti arahan yang diberikan. Ia akan memasang SiteAdvisor addons pada pelayar firefox anda.
4) sekiranya semua proses telah selesai, maka option "McAfee SiteAdvisor" akan terpapar pada sudut kanan-bawah pelayar anda. Klik icon tersebut dan pilih setting. tandakan semua option yang ada kecuali yang terakhir iaitu "Use SSL Communication to server".
5) sekarang cubalah anda masuk mana2 website dan lihat warna icon tersebut berubah. sekiranya anda membuat carian menggunakan enjin carian seperti google/yahoo, hasil carian tersebut akan di'highlight' dengan warna yang berkaitan menandakan aras keselamatan untuk melayari pautan tersebut.

HIJAU = website selamat untuk dilayari
KUNING = Jaga-jaga, possible untuk dijangkiti virus/malware adalah sederhana
MERAH = Awas, website mengandungi virus dan malware.

Wednesday, July 15, 2009

Kursus Blogger

Terima Kasih kepada semua guru-guru yang terlibat dalam menjayakan Kursus Blogger kita pada hari jumaat 6/07/08 jam 2 petang bertempat di bilik Makmal Komputer. Diharap pembelajaran kita tidak berhenti setakat itu sahaja, kerana bidang IT ini sentiasa akan berkembang dari masa ke semasa. Banyak lagi benda baru yang perlu kita terokai sendiri kerana IT sentiasa muncul dengan benda baru. Semoga perkongsian Ilmu dalam bidang IT ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja, malahan masih banyak lagi yang perlu kita ketahui.

Sejarah Sekolah



Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,WilayahPersekutuan Labuan asalnya adalah S.K Pekan Labuan yang juga dikenali sebagai Sekolah Pokok Asam. Sekolah ini dibina pada tahun 1907. Tapak bangunan ini berdekatan dengan Pawagam Lido dan Kedai Buku Pustaka Melayu yang ada sekarang. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Allahyarham En. Zainal Ahmad.Memandangkan pembangunan yang pesat pada tahun 1952, sekolah ini telah dirobohkan dan dibina semula. Kedudukannya bersebelahan dengan Masjid Jamek An’Nur. Sekolah inimempunyai satu blok bangunan konkrit yang mempunyai tujuh buah bilik darjah dan bilik pentadbiran dengan murid seramai 200 orang. Pada tahun 1962 sebuah bilik tambahan telah dibina kerana pertambahan murid.Pada tahun 1979, Jabatan Pendidikan Sabah telah menempatkan satu kelas Projek Khas Vl Yayasan Sabah hingga tahun 1986. Manakala pada tahun 1978 (Dalam Rancangan Malaysia Ke-3) bangunan konkrit tambahan telah dibina. Merangkumi 10 buah bilik darjah,4 unit tandas dan 2 bilik stor. Bangunan ini dimanfaatkan sepenuhnya pada 26 Mei 1982 dan telah dirasnikan pada 12 Mac 1983 oleh Yang Berhormat En. Jamal Nordin (Wakil Rakyat).Pada tahun yang sama juga didirikan bangunan untuk kanak-kanak Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran dan bermasalah pendengaran yang beroperasi pada Julai 1996.Pada 10hb Oktober 2001, bangunan yang sedia ada telah dirobohkan untuk dinaiktaraf. Pada 5 Jun 2002, S.K Pekan Satu telah diarahkan untuk berpindah ke S.K Pantai sementara menunggu
pembinaan sekolah baru disiapkan. Ia merangkumi keluasan tanah seluas 4.26 ekar. Bangunan yang baru ini menelan belanja 18.9 juta dan dijangka siap pada April 2004. Kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah seperti bilik darjah, makmal, bengkel, kantin, dewan dan rumah guru. Sehingga ke hari ini, kira-kira 2 tahun, S.K. Pekan Satu masih menumpang di S.K. Pantai.Tarikh milik tapak bagi bangunan baru SK Pekan Satu ialah pada 10 Oktober 2002. Bangunan ini telah siap dibina pada 9 April 2004. Nombor Lot pt bangunan ini ialah 207527133 WP Labuan.
BENTUK :Lencana Sekolah ini bermotifkan sebuah perisai dan di dalamnya terdapat satu obor yang sedang menyala bercabang lima dalam satu bulatan (Rukun Negara). Di sebelah kiri dan kanan obor, terdapat 6 buah buku (subjek utama), manakala di bawah kiri dan kanan pula ada sebatang pena dan anak kunci. Melengkapkan perisai ini, terdapat sekroll di mana cogan kata tertera.
WARNA :Warna-warna yang terdapat di dalam Lencana Sekolah ini mengandungi warna-warna yang sama dengan Bendera Sekolah.

Merah : Keazaman dan Ketrampilan.
Putih : Ketulusan dan Kesucian.
Hijau : Kesempurnaan dan Kesucian.
Kuning : Disiplin

MOTTO :“PELAJARAN KUNCI HIDUP”

Visi Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU PERKASA MENJELANG TAHUN 2010

( Konotasi PERKASA membawa maksud hebat.Peningkatan Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid Dan Pengurusan Pejabat dan pembentukan sahsiah mencapai tahap kualiti dan kuantiti ke tahap maksima yang ditetapkan sehingga sekolah kebangsaan menjadi pilihan utama masyarakat.

Misi Sekolah

CEMERLANG UNTUK NEGARA(C.U.N)

SK Pekan Satu W.P Labuan memilih "Cemerlang Untuk Negara" sebagai slogan dan penanda aras sekolah. adalah singkatan daripada "C.U.N""Cemerlang Untuk Negara" sesuai dan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.
Rasional :Cemerlang diasah dan bermula dari sekolah rendah.
Harapan:Bakal melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Bagaimana? "C.U.N" akan dapat dicapai dengan adanya komitmen dan kesedaran yang padu di antara guru, murid, ibu bapa dan masyarakat setempat. Selain daripada itu sikap positif, proaktif kreatif dan inovatif, berbudaya cemerlang dan budaya saing memainkan peranan penting dan merupakan tunggak utama menjurus ke arah "C.U.N". Insya Allah.

Slogan Sekolah

PELAJARAN:

Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.

KUNCI:

Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.

HIDUP:

Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MUKADIMAH

Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...

PENTADBIR

1. Pn. Zabidah Bt. Karamin : Guru Besar
2. Pn. Wahibah Bt. Hj. Matni : Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM
4. En. Mahmud B. Mumin : Penolong Kanan Kokurikulum
5. Lim La Li Fah@ Halifah Bt. Salim : Penolong Kanan

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.