masa itu emas

ONLINE

Wednesday, March 24, 2010

Taklimat Pagi SKP1

Mendengar dengan penuh tekun
Serius juga cikgu jaulih nie, senyum bah sikit

Wednesday, March 10, 2010

Selamat Hari Lahir kepada Guru Besar SK Pekan Satu yang ke-56

Kami Warga SKPS mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Guru Besar Pn Raiki Abdullah semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki. Amin

Tuesday, March 9, 2010

cool aje adik Aqilah ni kena suntik....
Persiapan jururawat untuk memberi suntikan kepada murid-murid tahun 1.

Buka mulut... misi masukkan ubat....Terima kasih misi.

Saturday, March 6, 2010

PERSIAPAN AKHIR SEMPENA MESYUARAT PIBG KALI KE-13

Murid-murid turut membantu guru mengatur persiapan akhir mesyuarat PIBG.
Guru-guru SKPS memang komited terhadap tugas yang diamanahkan.
Pn Raiki (Guru Besar) SKPS turut turun padang bagi membantu dan memastikan segala persiapan majlis berjalan lancar.
Ini Cikgu Karen dan Cikgu Dayana yang bertanggungjawab mengatur persembahan murid-murid.

Demi menjayakan majlis......Tahniah cikgu!

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK PEKAN SATU KALI KE-13


Kepada Semua Ibubapa di jemput hadir ke Dewan C.U.N SK Pekan Satu pada Hari Sabtu 06 Mac 2010 jam 8 pagi.

Thursday, March 4, 2010

MAJLIS PENUTUPAN BULAN PPDA SK PEKAN SATU

Sedikit cenderahati daripada Guru Besar SKPS kepada Perasmi Penutupan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah iaitu En. Asmawi Hj Ahmad (Penyelia Unit Pendidikan Pencegahan Dadah JPWPL)
Adik Azhan Shah bersemangat mendeklamasikan sajak sempena kempen Anti Dadah.

Acara gimik yang ringkas dan menarik. Tahniah kepada guru-guru SKPS yang memang kreatif. Harap tahun depan kita buat yang lebih ummph!.!..


Majlis Penutupan Pendidikan Pencegahan Dadah telah pun berlangsung pada hari Khamis bersamaan 4 Mac 2010 bertempat di Dataran Kejat. Acara yang serba ringkas dan padat ini dijalankan dengan jayanya oleh guru-guru dan murid-murid. Semoga kempen pencegahan dadah ini dapat membanteras gejala ini daripada berleluasa. Amin...

Tuesday, March 2, 2010

TAHNIAH KEPADA WARGA SKP1 KERANA MENDAPAT TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN KIBARAN BENDERA

28 Feb 2010 bersamaan Hari Ahad, Majlis Penutup Sambutan Hari Wilayah Persekutuan telah diadakan di Dataran Labuan.


Kelihatan dalam gambar diatas ialah Pn Raiki mengambil hadiah tempat kedua. Tahniah sekali lagi kepada semua warga SK Pekan Satu kerana kerjasama yang ditunjukkan telah membuahkan hasil dalam Pertandingan Mengibarkan Bendera WP Labuan.Tepat pada jam 10 malam, acara dimeriahkan lagi dengan Persembahan bunga api.

SUKAN SEKOLAH


Patutlah rumah hijau menang...minum 100 plus rupanya.
Di kelas bergaya, di padang pun bergaya.. cayalah cikgu-cikgu kita nie.
Bapa ini lagi semangat... abis semua anak-anaknya dibawa. Baru tah meriah sukan kita.
Opps! salah zaman kali Hercules anie.

Inilah juruacara tetap dan berpencen SKPS Pn Rostina Kassim dan En Hasnan Saad.
Gaya atlet harapan SKPS.

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.