Pages

Tuesday, May 14, 2013

Jom ZOMBA



Esok selepas habis Kokum , semua Warga Sekolah di jemput hadir ke padang terbuka SK Pekan Satu kerana kita akan berzomba bersama dengan pelatih yang bertauliah. Bayaran akan dikenakan dengan hanya RM3 sahaja kita semua sudah boleh berzomba. Mungkin ada yang tidak tahu apa itu zomba? Bukan Zombi kampung pisang ye.. Zomba erti kata lain "Gerak Cepat mampu membakar 1000 kalori lemak yang berkumpul di badan seseorang. Itu pun bergantung dengan badan masing-masing. Tak Percaya ke? Tarian Zomba merupakan gabungan dari muzik step arobik dan di gabungkan lagi dengan gerakan tarian Latin seperti Samba, merengue, salsa, reggae, hip hop, mambo, rumba,flamenco, calypso dan banyak lagi. Tarian ini telah di perkenalkan di Amerika pada tahun 1990 dan seterusnya menjadi bualan di serata dunia dengan kelincahan tariannya begitu memukau mata yang melihat. Kalau nak tahu kehebatan tarian zumba ni kenalah mendaftar terlebih dahulu kepada Pengerusi KS3 dengan hanya RM3 sahaja. Jom Zomba!!

No comments:

Post a Comment