Pages

Friday, July 19, 2013

PUASA BUKAN SEKADAR TIDAK BOLEH MAKAN DAN MINUM






Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraannya - pertama, gembira ketika ia berbuka dan keduanya gembira ketika menemui Tuhannya nanti.

Puasa akan memeliharakan nafsu, penyakit dengki serta memelihara lidah dan segala anggota dari melakukan maksiat dan hati sentiasa terpelihara dari sebarang niat yang serong. Puasa yang dikerjakan berserta iman memungkinkan mencapai kepada keluhuran budi, bersifat sabar, tawakal, pemurah dan bersederhana rasa dan lain-lain sifat yang santun dan mulia.

Puasa sebenarnya melatih diri supaya bersifat sabar, kuat dan tahan menderita menghadapi segala cubaan, kesusahan dan kemurungan yang menimpa diri. Ia juga menguatkan iman kepada Allah, kerana keimanan kita kepada-Nya yang menyebabkan kita sanggup menahan diri dari keinginan syahwat-syahwat jantina dan syahwat tekak pada siang hari dalam masa kita berpuasa. Puasa juga dapat melatih diri menjadi orang yang muqarabin (hampir kepada Allah). Puasa dapat melatih diri menjadi seorang yang amanah

No comments:

Post a Comment