Pages

Thursday, July 25, 2013

RELEVANKAH LAGI KAD RAYA ZAMAN SEKARANG?




Relevankah lagi kad raya dalam zaman segalanya dihujung jari?  Sekarang ini pun ramai yang menggunakan Facebook untuk menghantarkan kiriman kad raya.
Bagi pendapat admin sendiri, kad raya masih lagi relevan untuk kita hantar kepada ibubapa, sanak saudara mahupun sahabat handai yang berada jauh dimata tapi dekat dihati. Kad raya sememangnya memberi satu nostalgia zaman 90an. Perasaan bangga bilamana dapat banyak kad raya. Dan boleh dikatakan zaman persekolahan dahulu pun admin banyak mendapat kad raya dari sahabat handai dari dalam dan luar negara. Kalau dahulunya ada pelbagai jenis kad berada dipasaran. Ada yang kecil,panjang dan yang paling menarik lagi ada bunyi muzik.
Tapi apa yang pasti, Kad Raya pastnya dapat memberi satu nostalgia kepada kita satu hari nanti. Dan ianya perlu dikekalkan. itu kata admin, apa kata pembaca?

No comments:

Post a Comment