Pages

Thursday, August 22, 2013

BERHATI-HATI KETIKA PULANG KE KAMPUNG


Kenapa tiba-tiba gambar motor pula yang terkeluar di sini..?? Nombor motorsikal ini pun cantik.. Bukan untuk di jual tapi ingin menyeru kepada sesiapa sahaja
yang ternampak motorsikal EX-5 nombor plat LD1359 silalah buat laporan di balai yang terdekat. Motorsikal ini telah dicuri semasa tuannya Ustaz Sayuti Zakaria pulang berhari raya di Kelantan. Untuk peringatan sesama kita juga, jika hendak meninggalkan rumah ketika hendak pulang ke kampung, silalah memberitahu jiran sebelah untuk melihat rumah yang akan kita tinggalkan. Dan pastikan rumah anda telah di kunci dan yang paling baik gril rumah anda. Yang tidak membawa kenderaan tu, paling baik letakkan sahaja kenderaan anda di kawasan sekolah. Sememangnya selamat kerana sekolah mempunyai pengawal yang bertugas ketika waktu perayaan mahupun cuti persekolahan.

No comments:

Post a Comment