Dam Dam Dum.. Bunyi Mercun
Dam Dam Dum.. Bunyi Mercun... Oooppss Terlebih sudah Admin ni... Topik pada hari ini memang ada kena mengena dengan lagu yang baru sahaja Admin "sumbangkan" sebentar tadi. Tiap kali musim perayaan tiba, pastinya ada sahaja yang kita akan dengar mengenai pelajar putus jari oleh kerana penanganan mercun buatan sendiri.
Mangsa Mercun pertama pada tahun ini berlaku di Kedah yang mengakibatkan dua orang pelajar cedera di muka dan jari akibat memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan mereka di Taman Bersatu, Baling.
Kira-kira 80 peratus muka serta tangan Mohd Aiman Amzar melecur dan keadaannya stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar manakala Mohd Hanif dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Mangsa mercun yang paling Senior pula berlaku di Negeri siti wan kembang. Mangsa Abdul Rasid Abdullah 55, dipercayai mangsa mercun tertua di negara ini dibawa ke Hospital Pasir Mas oleh jirannya sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.Mangsa merupakan Bapa Tunggal telah ternampak sebiji mercun bola yang masih mempunyai sumbu. Katanya dia memberanikan diri dengan mengambil mercun itu dan memeriksanya sama ada masih boleh digunakan atau rosak. Beliau menyalakan mercun tersebut tetapi belum sempat hendak membuangnya mercun terbabit sudah meletup.
P/s: Admin main mercun pop pop ajew
No comments:
Post a Comment