Pages
▼
Friday, February 21, 2014
SEKOLAH LESTARI
Sekolah Lestari adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara.Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau.Strategi hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari selaras dengan cadangan dalam Agenda 21. Sekolah Lestari merangkumi empat kompenen iaitu pengurusan,kurikulum,ko-kurikulum dan penghijauan.
Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan,kefahaman,perubahan sikap dan penyertaan masyarakat.Justeru itu,ianya perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang.Oleh itu satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah iaitu bermula dari sekolah rendah lagi.
Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan,kurikulum,ko-kurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan konsep lestari.
Oleh Yang demikian itu,Sekolah Kebangsaan Pekan satu juga tidak terlepas dalam usaha untuk memberi pendidikan dan kesedaran tentang alam sekitar ini.Oleh itu,pada 29 hb April 2013,sekolah telah membuat hari pelancaran ìGreen Schoolî yang dihadiri oleh semua guru,murid aliran perdana dan aliran pendidikan khas serta murid pra sekolah.Berbagai program dan aktiviti yang dirancang pada masa kini dan akan datang.Aktiviti ini dimulakan dengan Hari Pelancaran Sekolah Lestari yang bertemakan ìGreen School ì pada 29 April 2013 yang lalu.
No comments:
Post a Comment