masa itu emas

ONLINE

Wednesday, May 12, 2010

Kenangan Suka Duka Rombongan SKP1 (Bahagian Pertama)

7 Mei 2010 (Jumaat) Rombongan kami berkumpul di Terminal Feri Labuan pada jam 1 petang .
Sebelum meneruskan perjalanan ke kota kinabalu, kami singgah ke kedai makan yang berhampiran untuk mengisi perut .

wah... berseleranya akak berdua nie makan..
Sirius juga kakak nie... senyum bah sikit.. hehehe
Cikgu Irham memikirkan sesuatu.. Tapau ka makan di sini..?? adehhh...

Semua Rombongan bermuka ceria sekali apabila semuanya telah menaiki bas menumbok ke kota kinabalu. Turut bersama kami ialah Puan Raiki (Guru Besar SKP1)
Walaupun penat tapi semua rombongan tetap berwajah ceria sekali.. Tiba-tiba.... Perjalanan yang di sangkakan berjalan dengan lancar akhirnya bertukar dengan insiden yang tidak akan kami lupakan. Bas yang kami naiki tidak menurunkan kami di Hotel malahan dengan angkuhnya pemandu terbabit hanya memberhentikan rombongan kami di tepi jalan. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.. Apa apa pun program kami berjalan dengan lancar juga.. Tahniah kepada semua ahli rombongan.

Ini lah nasib rombongan yang di tinggalkan tepi jalan

Cikgu Karen bercakap sesuatu kepada Pemilik Syarikat Bas


Wajah kepenatan berjalan kaki

No comments:

Post a Comment

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.