Hari kedua :-
Awal pagi lagi kami telah berkumpul di ruangan legar Hotel Kingston untuk meneruskan aktiviti pertama ke Sekolah Sri Gaya Kota Kinabalu. Lawatan kami ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan Sekolah Sri Gaya yang mendapat status sebagai sekolah kluster.
Rombongan SKPS disambut dengan tangan terbuka oleh Guru Besar Sekolah Sri Gaya. Kedatangan kami dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian tradisional Sabah oleh murid-murid sekolah tuan rumah. Kami dimaklumkan bahawa murid-murid sekolah ini juga telah membawa tarian tradisional ini hingga ke Peringkat Antarabangsa. Rombongan kami mendengar penerangan tentang kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini oleh guru besar iaitu Cikgu Hj Abdul Ghani b. Hj Mohammad Kassim. Kerjasama serta komitmen ibu bapa dan guru dilihat sebagai pemangkin serta faktor utama kejayaan sekolah ini. Rombongan SKPS juga telah dibawa meninjau keadaan sekolah serta kemudahan yang terdapat di situ. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada guru besar SK Sri Gaya dengan layanan yang diberi.
Selepas kami melawat Rumah Amal Sabah, para rombongan terus ke Hospital Likas untuk menziarahi pula adik Harraz yang kini terlantar di hospital kerana menghidap penyakit Luekimia. Adik Harraz merupakan anak kepada Cikgu Halifah Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Pekan Satu. Guru-guru yang melihat keadaan adik Harraz tidak dapat menyembunyikan kesedihan lantas menitiskan air mata. Kami doakan agar adik Harraz cepat sembuh dan dapat bersekolah seperti biasa.
Pada sebelah malam pula kami menjamu selera di Tanjung Aru. Sungguh berselera sekali para rombongan.. Maklumlah Perut semua dah berbunyi keroncong..

Lawatan kami ke Sabah diteruskan dengan mengunjungi Rumah Amal Sabah yang terletak di kawasan Likas.
Selepas kami melawat Rumah Amal Sabah, para rombongan terus ke Hospital Likas untuk menziarahi pula adik Harraz yang kini terlantar di hospital kerana menghidap penyakit Luekimia. Adik Harraz merupakan anak kepada Cikgu Halifah Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Pekan Satu. Guru-guru yang melihat keadaan adik Harraz tidak dapat menyembunyikan kesedihan lantas menitiskan air mata. Kami doakan agar adik Harraz cepat sembuh dan dapat bersekolah seperti biasa.
Wajah Keletihan seharian berjalan
Pada sebelah malam pula kami menjamu selera di Tanjung Aru. Sungguh berselera sekali para rombongan.. Maklumlah Perut semua dah berbunyi keroncong..
No comments:
Post a Comment