masa itu emas

ONLINE

Thursday, February 20, 2014

Bagaimana caranya melihat kelajuan internet di tempat anda dengan menggunakan handphone sahaja?



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog rasmi SK Pekan Satu W.P Labuan. Artikel pada kali ini, unit ict ingin berkongsi satu lagi software untuk melihat tahap kelajuan internet di tempat anda. Ianya juga sangat berguna kepada kita. Ingin mengetahui dengan lebih lanjut kenalah baca hingga habis :)



Pernah nampak tak ?

Gambar rajah diatas bukanlah sebarangan turbo tetapi inilah software untuk mencuba speed internet di tempat anda. Tanpa perlu membawa laptop kini dengan hanya menggunakan handphone sahaja kita sudah boleh melihat speed internet. Taip sahaja di Apps dan search "SpeedTest". Admin memilih ookla speedtest kerana ianya sangat mudah digunakan. 


Pilih Settings

Setelah selesai install, mula-mula sekali anda perlu set settings dahulu dan pilih server yang terhampir dengan tempat anda. Kalau anda sekarang berada di England, pilihlah Server England. Tapi oleh kerana Admin berada di Pulau Labuan, Admin akan memilih server Kuala Lumpur.



Pilih server yang terhampir.


 Setelah selesai klik Begin Test



Hasilnya

Mudah bukan. .. Sekarang anda juga sudah boleh mencuba perisian ini dengan hanya menggunakan Handphone. 

No comments:

Post a Comment

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.