masa itu emas

ONLINE

Tuesday, February 4, 2014

TIPS: PENJAGAAN KOMPUTER DAN DATA PENTING


Artikel kali ini saya ingin berkongsi pula mengenai Penjagaan Komputer dan Data. Selalu juga saya mendengar keluhan dari rakan-rakan diluar sana mengapa dan kenapa PC mereka selalunya SLOW sangat..?? Dan bagaimana ingin mengatasi masalah ini. Seperti juga kereta mahupun motorsikal, kita perlu juga selalu services untuk memastikan kenderaan kita bergerak dengan lancar.

Faedah ataupun kebaikan:



1. Sekurang kurangnya kita perlu membuat jadual 3 kali setahun untuk services komputer kita. Itu pun bergantung juga dengan cara pemakaian kita bagaimana cara kita SHUTDOWN komputer. Jika kerap sangat kita OFF karan tanpa mengikut step by step pun tidak guna juga. CONFIRM tak sampai dua bulan komputer kita akan bermasalah.

2. Pengemaskinian Windows ataupun mengikut peredaran masa dapat mengesan pencerobohan data. Kalau dahulunya windows 98 banyak kelemahan apakata bertukarlah kepada windows XP Pro ataupun kini sudah ada Windows 8. (Windows 7 pun ok).

3. Jika hendak membuka fail dengan menggunakan Pendrive, sebelum buka tu scanlah terlebih dahulu. Ramai pengguna yang masih belum ada kesedaran bahawa jika pen drive yang sudah terkena virus, tanpa scan terlebih dahulu maka secara automatiknya akan menjangkiti komputer yang telah digunakannya. Sedangkan kalau kita hendak masuk ke rumah orang pun kita perlu memberi salam terlebih dahulu. Begitu juga komputer, kita ibaratkan komputer ini seperti rumah orang juga. Jika tidak scan akan memudaratkan kepada pengguna yang lain. Tidak kisahlah anda guna antivirus yang paling mahal pun kalau tidak scan terlebih dahulu virus tetap akan masuk juga. Sentiasa lah update antivirus anda.

4. Habuk-habuk perlulah di bersihkan. Paling mudah beli sahaja Blower

contoh blower

5. Capaian data boleh dilakukan dengan lebih berkesan apabila defrag dilakukan secara berkala.

6. Yang paling penting sekali selalulah BACKUP data-data penting anda di beberapa tempat samada menggunakan external Harddisk , pendrive mahupun DVDRW untuk memastikan kita tidak akan berputih mata jika sekirannya komputer kita tidak dapat diselamatkan lagi.

No comments:

Post a Comment

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.