masa itu emas

ONLINE

Thursday, September 18, 2014

Tahukah Anda Najis Gajah Menghasilkan Kertas yang paling berkualiti


Tahukah Anda..??
Najis haiwan memang mempunyai manfaat bagi manusia, misalnya dibuat untuk bahan baja. Namun kali ini najis dari gajah digunakan untuk pembuatan kertas.  Projek  yang agak pelik  ini dilakukan oleh Tim Husband, yang sebelumnya bekerja sebagai penjaga zoo di Australia.
Projek ini  diadakan di Bali Safari and Marine Park. Dari kaji selidik diperoleh maklumat bahawa gajah-gajah di sana setiap ekor menghasilkan najis sekitar 100 kg sehari.   Haiwan ini  biasanya akan menghabiskan rumput sebanyak 180 kg sehari.  Projek ini  memerlukan bantuan dari penduduk sekitar, terutama dalam pengumpulan najis haiwan tersebut.
Kertas-BerkualitiTinggi-Diproses-Dari-Najis-Gajah
Tahi gajah boleh menghasilkan kertas yang berkualiti tinggi

Kertas-Berkualiti-Tinggi-Diproses-Dari-Najis-Gajah
Perbandingan kertas-kertas yang dihasilkan oleh najis haiwan
Seperti disiarkan di International Business Times , untuk menghasilkan 15 kertas berkualiti tinggi memerlukan satu timbunan najis gajah. Kaedah kitar semula najis menjadi kertas yang bermanfaat ini tidak hanya berlaku untuk najis gajah saja, tetapi boleh dipakai untuk haiwan pemakan rumput lain .
Kertas-Berkualiti-Tinggi-Diproses-Dari-NajisGajah
Pekerja sedang memotong kepingan kertas daripada najis gajah
Di tahun 2005 , Creative Paper Tasmania sudah berjaya untuk mengubah najis kanggaru menjadi kertas dan alat tulis lain . Najis gajah tidak menghancurkan seluruh dedaunan yang mereka hadamkan, sehingga najis yang mereka keluarkan masih banyak mengandung serat.

Seterusnya, serat-serat tersebut yang akan dibuat sebagai bahan asas kertas . Huraian ini menunjukkan bahawa mengubah najis haiwan menjadi kertas bukanlah usaha mustahil.   Keterangan yang diungkap oleh Ecology Global Network , penggunaan najis haiwan menjadi kertas akan menyumbang dalam penyelamatan lingkungan khususnya hutan.
Keperluan kertas dunia mengalami peningkatan luar biasa , sebanyak 400 peratus dalam kurun waktu 40 tahun.  Hal ini bermakna telah berlaku penebangan hutan sekitar 4 bilion pokok , atau kira – kira 35 peratus daripada jumlah keseluruhan hutan di dunia.

kredit: Bicarasantai.com

No comments:

Post a Comment

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.