masa itu emas

ONLINE

Wednesday, October 1, 2014

CARA MENGGUNAKAN PERISIAN AUDACITY


Perkongsian hari ini admin akan share satu lagi artikel yang boleh membantu anda diluar sana bagaimana caranya menggunakan perisian Audacity .
Audacity merupakan sebuah aplikasi multimedia editor yang dapat digunakan untuk memotong lagu mp3, menambah efek lagu, menggabungkan beberapa lagu menjadi satu bahagian, atau menggabungkan beberapa potongan lagu menjadi satu lagu. Walaupun Perisian Audacity ini percuma, tetapi ianya amat bagus untuk di pelajari oleh semua pihak khususnya yang teringin sangat membuat bunyi audio sendiri.


1. Buka Aplikasi Audacity
Untuk membuka file mp3 yang akan diedit pilih File -> Open...

2. Dalam contoh ini saya menggunakan lagu mp3 : Donna donna
Pilih folder yang berisi lagu , kemudian klik tombol Open

3. Lakukan blok terhadap bahagian lagu yang akan dihilangkan (dipotong), gunakan mouse untuk melakukan drag (blok)
Klik tombol gunting untuk memotong bahagian yang terblok


4. Hasilnya seperti gambar di bawah, klik play untuk mendengar hasilnya


5. Jika lagu yang dipotong sudah selesai maka bolehlah anda menyimpan hasil editan tersebut.
Pilih File -> Export...


6. Klik tombol OK


7. Pada file name , klik  dengan nama yang berbeza dengan nama file aslinya.
Pada Save as type pilih mp3 files
Klik tombol Save
Hasil editing tadi akan tersimpan dalam format mp3.

Audacity
Selamat mencoba. kredit to :www.artikelkomputerku.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.