masa itu emas

ONLINE

Friday, May 8, 2015

5 JENIS BUNGA HIASAN TERMAHAL DI DUNIA


Artikel pada kali ini ialah mengenai Bunga. Kenapa tiba-tiba admin cerita pasal bunga pula ni? Hehehe.. Antara sebabnya ialah kerana sana sini admin dengar cerita pasal bunga. Fenomena Bunga Orkid sering diperkatakan sekarang ni kat sekolah. Untuk menarik perhatian guru-guru sekolah untuk melawat blog sekolah ni, admin dengan lajunya menaip dan seterusnya berkongsi dengan para pembaca antara bunga-bunga hiasan termahal di dunia.


1. Anggerik Emas Kinabalu


Biasa ditemui dekat Kinabalu Park , Sabah. Kenapa rasanya bunga ini antara bunga yang mahal? Untuk pengetahuan para peminat Anggerik Emas Kinabalu, Bunga ini mengambil masa selama 15 tahun untuk kembali mekar sperti gambar di atas ini. Mungkin disebabkan ianya tersangat lama untuk kembali mekar membuatkan bunga ini tersangat eksklusif .


 2. Lily of the valley (Convallaria Majalis)


Bunga berwarna putih ini hanya tumbuh di kawasan sejuk sahaja. Mempunyai ketinggian 15-30 cm. Harga Pasaran $15-$50 per ikat. (RM54.16 - RM180.55) Kalau kat labuan ni tanam kat dalam peti sejuk sahaja lah ni kan?? hehehe :P


 3. Kaduful Flowers (Queen Of the night)


Kaduful..?? iya.. itulah namanya. Bunga ini hanya ditemui di Negara Sri Langka . Selalunya kita hanya tahu bunga hanya akan mekar pada waktu pagi tetapi lain pula dengan bunga Kadaful ini hanya mekar sekitar jam 10-11 malam selama 2 jam dan menggeluarkan haruman yang sangat wangi dan kembali layu sebelum subuh. Bunga ini tidak tahan lama jika di potong dan hanya akan bertahan selama beberapa jam sahaja.



4. Juliet Rose

Bunga ini di perkenalkan pada tahun 2006 dalam acara Chelsea Flower yang membuat semua orang terpukau akan kemunculannya dalam acara tersebut. Bunga ini selalu kita tengok di kaca tv waktu acara perkahwinan. Yang berminat untuk beli bunga ini bolehlah taip dekat google taip nama David Austin. Harga pasaran $82 (RM296.10)


 5. Shenzen Nongke Orchids


Bunga jenis ini adalah hasil kaji selidik selama 8 tahun oleh para Penyelidik Pertanian Shenzen Nongke. Sewaktu bunga ini di lelong, ada seorang pembida yang tidak dikenali telah membuat bidaan harga sebanyak 1.68 juta yuan (RM977,155.20) dan seterusnya menjadi bunga yang paling termahal sekali di dunia. gulp gulp tahan air liur bila tengok harga bunga ni. 

p/s: Cikgu-cikgu yang ingin berkongsi gambar tanaman di rumah tu, bolehlah bagi gambar dekat admin ye. kalau nak bagi bunga pun boleh juga.. hehehe :P



1 comment:

  1. Casino de Montezuma - Drmcd
    Casino de Montezuma, Malta. The casino 속초 출장샵 is 양산 출장안마 a 전라남도 출장안마 gambling facility 논산 출장마사지 located in the heart of downtown 영천 출장안마 Europe. The casino is open and available

    ReplyDelete

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.