Mesej dari group what apps sekolah
Assalamualaikum.. Terlebih dahulu Admin memohon maaf kerana lama tidak update laman blog sekolah. Di sini Admin ingin sampaikan berita keluarga daripada Adik Cikgu Rosmah " Assalam cikgu... saya abdul rahman, adik cikgu rosmah... saya dengan rendah hati memohon kepada cikgu kalau dapat sewaktu perhimpunan nanti, dapat cikgu sampai hajat saya, minta kepada semua cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar sekolah cikgu, kalau ada cikgu rosmah tersilap kata, terkasar bahasa, terlebih percakapan,terlebih perbuatan, saya dengan rendah hati mohon dimaafkan segala keburukan yang mungkin menyakitkan hati atau menguris perasaan, sebab kami sekeluarga tidak sanggup melihat azab yang ditanggung oleh kakak kami sehingga kini...saya minta agar cikgu dapat menyampaikan hajat kami sekeluarga... harap dimaafkan jika terdapat sebarang kesalahan... terima kasih cikgu...."
Kepada yang mengenali Cikgu Rosmah di luar sana, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Cikgu Rosmah cepat sembuh. Amin...
Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha pengasihani..permudahkanlah segala urusannya dan berkatilah kehidupannya.amiinn
ReplyDeleteSemoga cikgu rosmah cepat sembuh....AMin..
ReplyDelete(admin maaf cikgu rosmah ni ada gambarnya kah...huhu lupa2 sdh)