Pages

Tuesday, May 21, 2013

HUBAGAM


Apa itu HUBAGAM ?
Hubagam adalah akronim perkataan huruf, baris dan gambar. Kaedah pembelajaran  yang sangat mudah di ikuti dan kanak-kanak pastinya gembira setiap kali belajar kaedah ini. Pengasas HUBAGAM ialah Ustazah Faridah Rahman yang kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan. Beliau mendapat satu idea bagaimana caranya mengajar kanak-kanak tanpa membuat mereka merasa bosan. Maka Tercetuslah satu idea mengenai  HUBAGAM. Fakta yang perlu anda tahu mengenai HUBAGAM ialah :-

- Kaedah Asas membaca Al-Quran
- Hubagam adalah akronim perkataan huruf, baris dan gambar.
- Kajian dan Penyelidikan bermula tahun 2005
- Penyebutan bunyi huruf hijai'yah tunggal berbaris atas, dibantu oleh gambar yang diberikan.
- Suku kata pertama gambar adalah bayangan bunyi huruf hijai'yah berbaris atas.
- Mudah dan menyeronokkan kanak-kanak serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
  menggembirakan.
- Carta HUBAGAM hendaklah dijadikan panduan murid semasa menjalankan proses membaca asas AL- 
  Quran.
- Memudahkan bacaan Buku HUBAGAM

*Sesiapa yang ingin membeli Panduan membaca HUBAGAM bolehlah berjumpa dengan Ustazah Faridah Rahman*

No comments:

Post a Comment