Free Hit Counters
Web Counter

click to create your own

More Goodies @ NackVision


Free Blog Content


MusicPlaylist
MySpace Playlist at MixPod.com

free counters
Kita Johan Lagi
Saturday, February 26, 2011
Makluman: Tahniah dan Terima Kasih kepada semua Warga SKP1 kerana kita telah menjadi Johan Kibaran Bendera Wilayah Persekutuan. Syabas dan Terima Kasih untuk semua. Sila layari website sekolah kami www.skpekansatu.edu.my
posted by SK Pekan Satu @ 7:08 AM   0 comments
Gambar Paspot
Tuesday, November 30, 2010
Kepada Semua Murid Tahun 6 yang belum menghantar gambar berukuran paspot, sila hantar ke sekolah pada waktu pejabat. Kegagalan menghantar gambar sebelum 13.12.2010 sijil tamat persekolahan tidak akan di keluarkan. Arahan Guru Besar
posted by SK Pekan Satu @ 8:45 PM   0 comments
Selamat Pengantin Baru Ustaz Rais
Sunday, November 28, 2010


Kami seluruh Warga SKP1 mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ustaz Md. Rais bersama pasanggannya yang telah melangsungkan Perkahwinan pada 21 Nov 2010 di Kg. Rancangan Klias, Beaufort. Semoga Berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin
posted by SK Pekan Satu @ 6:36 PM   0 comments
Surat untuk semua Guru SKP1
Wednesday, November 17, 2010

Guru Besar &

Semua Guru-Guru (berkenaan)

SK Pekan Satu

WP Labuan.

Assalamualaikum Kepada Semua,

Per : Keputusan UPSR 2010

Adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

Terlebih dahulu saya , Abdul Wahab Bin Hj Aman bapa kepada NURUL SYAFIQAH BT ABDUL WAHAB yang pernah belajar di SK Pekan Satu, WP Labuan pada Tahun 2007(Tahun 3) sehingga tahun 2009(Tahun 5) dengan rasa bangganya ingin memaklumkan bahawa anak saya telah mendapat keputusan 5A pada peperiksaan UPSR Tahun ini, 2010.

Dikesempatan ini , kami sekeluarga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua Guru-Guru yang pernah dan telah terlibat mengajar beliau secara langsung atau tidak langsung semasa beliau bersekolah di SK Pekan Satu.

Kami begitu terharu dan dapat membayangkan alangkah baik sekiranya beliau di ketika menerima keputusan 5A ini sedang bersekolah di SK Pekan Satu? Walau apapun, takdir telah menentukan segala-galanya.

Kami amat teruja sekali untuk melihat keberkesanan dari pembelajaran yang diperolehi beliau semasa belajar di SK Pekan Satu, ternyata ianya telah membuahkan hasil yang begitu amat bermakna sekali bagi kami sekeluarga.Kami juga dapat merasakan kemantapan dan kebolehan tenaga pengajar di SK Pekan Satu yang tidak putus putus untuk melihat anak didik mereka berjaya dalam apa jua bidang baik dari segi akademik mahupun ko-kurikulum dan sebagainya, dan ianya terbukti di mana anak saya telah berjaya mendapat keptusan cemerlang 5A di dalam UPSR tahun ini, malah beliau sekembalinya ke Miri dari WP Labuan telah dan dapat mempertahankan Tempat Pertama berturut-turut sepanjang tahun ini di antara keseluruhan pelajar-pelajar tahun 6 (seramai 125 orang) di SK Agama (Majlis Islam Sarawak) Miri .

Kami tak ada ungkapan yang istimewa untuk diucapkan , Cuma SYABAS dan TANHIAH kepada semua guru – guru SK Pekan Satu yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang beliau berada di SK Pekan Satu.

Hanya Allah SWT saja yang dapat mambalas segaja jasa dan budi anda semua. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan semoga semua guru- guru sama ada yang mengenali kami atau tidak akan terus berusaha gigih untuk menjadikan SK Pekan Satu, WP Labuan yang terbaik , kerana ianya telah terbukti pada hari ini ANAK DIDIK SK PEKAN SATU, WP LABUAN TELAH BERJAYA MEMBUKTIKAN BAHAWA SK PEKAN SATU ADALAH YANG TERBAIK. SYABAS DAN TAHNIAH ……………………………………………………………………………………..

Akhir kata dari kami sekeluarga, kami mendoakan semoga SK PEKAN SATU akan terus maju dan terus berjaya dalam menghasilkan anak anak yang berwibawa dan berketrampilan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Wassalam…

Yang Benar

ABDUL WAHAB BIN HJ AMAN

CIKGU FARADAH HJ MATUSIN

posted by SK Pekan Satu @ 3:58 PM   0 comments
12 A Tahniah SKP1
Keputusan UPSR 2010 telah pun diumumkan. Seramai 12 orang murid telah berjaya mendapat keputusan 5 A. Syabas di ucapkan kepada semua guru yang tidak mengenal erti penat demi memastikan semua pelajar mendapat didikan yang sempurna. Tahniah sekali lagi
posted by SK Pekan Satu @ 3:50 PM   0 comments
Lawatan Terakhir Tuan Pengarah Pelajaran ke SK Pekan Satu Sebelum Bersara
Tuesday, October 5, 2010



posted by SK Pekan Satu @ 7:04 PM   0 comments
UPSR 2010
Monday, September 20, 2010
21 September 2010: Kami doakan agar semua murid-murid SK Pekan Satu mendapat keputusan yang cemerlang. AMIN..
posted by SK Pekan Satu @ 6:41 PM   0 comments

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service
Zawa Hello Ramadhan
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!

Name: SK Pekan Satu
Home: W.P Labuan, Malaysia
About Me: Peti surat no. 81104, 87021 Wilayah Persekutuan Labuan. Tel :087 412680 Fax :087 411680
See my complete profile
Powered by

BloggerMelayu.com

BLOGGER

Check Google Page Rank

BlogMalaysia.com

© 2005 Selamat Datang ke SK Pekan Satu Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures