masa itu emas

ONLINE

Tuesday, June 25, 2013

KENALI PERWATAKAN ANDA DENGAN WARNA



warna warni kehidupan

Artikel pada kali ini admin akan bercerita sedikit mengenai warna. Kenapa dengan warna? Warna sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Pakar dekorasi dalaman dan warna iaitu En Eric Leong ada mengatakan bahawa warna memainkan peranan besar dalam kehidupan kita. Warna adalah sumber bahagia dan sumber keindahan. Warna juga memainkan personaliti individu. Melalui warna pakaian yang dipakainya, dekorasi dan warna kediaman yang di duduki serta warna yang menjadi kesukaannya, kita dapat mengetahui personaliti individu tersebut.


HITAM

Hitam menyerap semua cahaya dalam spektrum warna. Hitam sering digunakan sebagai simbol dari ancaman atau simbol jahat, tetapi juga terkenal sebagai penunjuk kekuasaan. Warna hitam digunakan untuk mewakili karakter curang seperti Dracula dan sering dikaitkan dengan sihir.
Hitam sering dikaitkan dengan kematian dan duka dalam berbagai budaya. Hal ini juga dikaitkan dengan ketidakbahagiaan, seksualiti, formaliti, dan keanggunan. Di Mesir kuno, hitam merupakan simbol kehidupan dan kebangkitan. Di dunia moden, hitam memberi kesan yang abstrak dan kekal. Warna hitam sering dikaitkan untuk mengurangkan nafsu makan. Bagi yang ingin mengurangi berat badan, pakailah lapik berwarna hitam untuk meja makan.


PUTIH


Putih melambangkan kesucian atau kemurnian, dapat juga menggambarkan kesan dingin, lemah lembut dan bersih. Pengunaan warna putih yang cerah dalam ruangan akan memberi kesan luas, bersih, terang dan megah, namun juga memberikan kesan kosong dan tidak ramah.
Rumah sakit biasanya menggunakan warna putih untuk memberikan kesan bersih pada seluruh rumah.
Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening.


HIJAU

Hijau adalah warna yang dingin yang melambangkan alam dan kehidupan alam. Hijau juga mencerminkan ketenangan, kesihatan, dan kecemburuan. Sejak zaman dahulu warna hijau merupakan simbol kesuburan.
Hasil kajian mendapati bahawa hijau dapat meningkatkan kemampuan membaca. Penyelidikan yang dilakukan pada beberapa pelajar mendapati jika kertas transparen berwarna hijau diletakkan di atas bahan bacaan boleh meningkatkan kecepatan membaca dan memahami.
Hijau sering digunakan dalam dekorasi untuk memberi efek ketenangan. Misalnya, dekorasi di ruang rehat pejabat sering mengkombinasikan warna hijau dan sebuah taman ‘mini’ untuk memberi kesan santai dan bersahabat. Warna hijau dapat juga membantu fikiran menjadi rileks dan dapat mengurangkan stress dan membantu penyembuhan. Orang-orang yang suka akan alam biasanya jarang mengeluh tentang sakit kepala dan sakit perut.
Warna hijau berhubungan dengan cakra jantung. Hijau adalah warna penyembuh kerana ia menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.


KUNING

Kuning yang terang sering digambarkan sebagai riang dan hangat. Namun warna kuning dapat memenatkan mata karena banyaknya jumlah cahaya yang tercermin. Menggunakan kuning sebagai latar belakang di atas kertas atau monitor komputer dapat mengakibatkan sakit mata atau kesulitan pandangan dalam kes-kes ekstrem.
Kuning dapat meningkatkan metabolisme tubuh. Kuning juga dapat menciptakan perasaan marah dan 'frust'. Meskipun dianggap sebagai warna ceria, orang lebih cenderung hilang kesabaran jika berada dalam ruang berwarna kuning dan seorang bayi cenderung untuk lebih kerap menangis jika ditempatkan di kamar berwarna kuning.
Kerana warna kuning mengandungi banyak jumlah cahaya, maka penggunaan warna kuning biasanya untuk menarik perhatian, hal ini dapat dilihat dengan penggunaan warna kuning pada iklan di jalanraya dan warna diRaja.
Warna kuning berkaitan dengan cakra solar plexus(kekusutan) yang mempengaruhi intelektual dan membuat keputusan. Warna kuning juga boleh mengawal konsentrasi haid.



MERAH

Merah yang cerah, memberi kesan hangat yang kuat bahkan dapat mencetuskan emosi. Merah biasanya dikaitkan dengan cinta, kehangatan, dan kenyamanan. Merah juga dianggap sebagai simbol kegairahan hidup, dan kemarahan. Kadangkala, warna merah juga boleh mewujudkan perasaan gembira.
Penggunaan kata merah dalam bahasa Inggris membentuk kosa kata tertentu seperti: redneck, red-hot, red-handed, paint the town red, seeing red. Bagaimana dengan penggunaan kata merah dalam bahasa Melayu?
Warna merah berhubungan dengan cakra dasar yang mempengaruhi kecergasan, kekuatan, seksualiti, dan kesedaran. Merah boleh mengatasi anemia, kekurangan tenaga, mati pucuk, tekanan darah rendah, penyakit kulit, dan jangkitan saluran kencing.


BIRU

Biru merupakan warna yang paling disukai kebanyakan orang terutama kaum lelaki. Biru memberikan kesan ketenangan fikiran atau perasaan tenang serta romantis. Hal ini sering digambarkan sebagai damai, tenang, aman, dan tertib. Namun biru juga dapat menciptakan perasaan kesedihan atau sikap acuh tak acuh.
Hasil penelitian menunjukan bahwa penggunaan warna biru dalam ruang pejabat akan membawa pengaruh positif terhadap produktiviti seorang karyawan. Meskipun warna biru adalah warna yang popular, namun biru dapat mempengaruhi selera makan. Dalam penyelidikan penurunan berat badan, mengatakan bahawa salah satu terapinya adalah menggunakan piring warna biru dalam menyajikan makanan.
Warna semulajadi biru pada buah dan sayuran hanya terdapat pada buah blueberry dan plum. Warna biru bila dikaitkan dengan makanan biasanya memberi bayangan makanan yang beracun. Warna biru juga dapat menurunkan kadar denyutan nadi dan suhu tubuh.
Warna biru berhubungan dengan cakra kerongkong. Warna ini sangat menenangkan dan sangat baik untuk insomnia, melegakan bawah pinggang , asma, dan migrain.


UNGU

Ungu merupakan warna yang memiliki pancaran gelombang panjang cahaya yang terpendek. Kerana itu mampu membawa kepada kegiatan bermeditasi dan bermonolog berseorangan. Kelebihan atau keburukan memakai warna ungu adalah mengakibatkan kesan murah dan kotor.Warna ungu keruh menunjukkan kesepian.
Ungu adalah simbol dari royalti dan kekayaan, juga melambangkan kearifan dan spiritualiti. Warna ungu dalam fenomena alam jarang terjadi, namun jika muncul akan menimbulkan kesan eksotik atau kesenian.
Warna ungu merupakan warna cakra mahkota dan berhubungan dengan tenaga dari fungsi fikiran tertinggi . Warna ini membantu meningkatkan rasa percaya diri, mengurangi rasa tidak berdaya, serta mengubati kelainan mental dan saraf.


COKLAT


C
oklat adalah warna alam yang dapat membangkitkan kekuatan dan kehandalan. Coklat juga dapat menciptakan perasaan sedih dan terpencil. Coklat cenderung membawa fikiran pada rasa kehangatan, kenyamanan, dan keamanan. Hal ini sering digambarkan sebagai alam, bumi dan konvensional, malahan juga dapat menimbulkan keindahan natural.
Coklat terdiri dari gabungan warna merah dan kuning dengan tambahan warna hitam yang banyak. Warna coklat hampir dapat disamakan dengan hitam, tapi coklat nampak lebih lembut dan hangat.
Coklat adalah warna yang dikaitkan dengan stabiliti dan elegan. Coklat dapat digunakan di ruang belajar. Sebaiknya tidak dipakai di ruang tidur.

JINGGA

Jingga adalah kombinasi kuning dan merah dan dianggap sebagai warna yang penuh dengan 'energy'. Warna jingga dapat membangkitkan kegembiraan, keghairahan, dan kehangatan, selain itu warna jingga sering digunakan untuk menarik perhatian, seperti iklan di televisyen dan di tepi jalan.
Jingga adalah warna kegemberiaan, dan kuat dalam mendorong komunikasi. Jingga dapat dipakai di ruang yang luas, ruang makan dan koridor/beranda. Jingga sebaiknya tidak dipakai di ruang tidur dan ruangan-ruangan kecil.
Warna jingga berhubungan dengan cakra limpa yang mengatur peredaran dan metabolisme. Warna ini juga berhubungan dengan kegembiraan dan keceriaan.


PINK

Pink sering dikaitkan dengan bayi, kanak-kanak perempuan dan sifat kewanitaan (feminin). Namun warna pink lebih dari sekadar feminin. Ia menggambarkan belas ihsan dan keterbukaan hati. Sama ada lelaki atau wanita yang memakai pink, ia menggambarkan jiwa mereka yang mudah didekati dan berperasaan kasih sayang.
Pink pada dasarnya adalah warna hati dan biasanya diasosiasikan dengan cinta dan romantis. Warna pink juga dapat memberikan efek ketenangan.
Pink cocok untuk ruang tidur, kurang cocok untuk kamar mandi atau dapur. Ia juga digunakan untuk program diet, kerana warna pink menjadikan nafsu makan kita berkurang.

Sumber dari : 
http://karlrooy.blogspot.com/2010/10/terapi-warna-tahukah-kamu.html

No comments:

Post a Comment

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.