masa itu emas

ONLINE

Monday, May 20, 2013

TAHUKAH ANDA KENAPA KUCING JANTAN TIGA WARNA JARANG DITEMUI?


Tahukah Anda kenapa Kucing Jantan tiga warna jarang ditemui dan jika bertemu pun ia adalah betina.Hanya orang-orang yang bertuah sahaja memiliki kucing tiga warna ini.. Menurut kepercayaan orang tua-tua mengenai kucing tiga warna ini antaranya ialah :-

- Kucing jantan belang 3 sangat sukar ditemui karana ketika melahirkan anak kucing berbelang tiga jantan, induk kucing akan memakan anaknya itu. Sifat kanibalis ini memang naluri karana kucing jantan belang 3 secara semulajadi tidak dibenarkan untuk lahir.

- Kucing jantan belang 3 dianggap sebagai ‘Raja Kucing’ dan memiliki tanduk emas. Barang siapa yang menemui dan menyelamatkan kucing ini sebelum dimakan induknya, akan memiliki kesaktian yang membawa keuntungan yang besar dan dihormat orang di sekelilingnya.


- Kucing dengan kombinasi bulu 3 warna, atau lebih gemar disebut ‘kucing belang 3’, dinamakan kucing calico dan tortoiseshell.

Kucing Calico adalah kucing-kucing belang 3 dengan warna dasar putih, sedangkan tortoiseshell kucing belang 3 dengan dasar warna hitam. Kucing jantan berbelang 3 disebabkan oleh pewarisan genetik kucing calico dan tortoiseshell yang memang tidak memungkin melahirkan seekor kucing jantan.- Jean Bungartz, seorang ahli genetik kucing dalam bukunya yang berjudul “Die Hauskatze, ihre Rassen und Varietäten” menjelaskan bahawa warna kulit kucing sangat bergantung pada gen seksual yang disebut X chromosome dan Y chromosome, yang mana mungkin sedikit sukar bagi kita untuk memahami secara detail. Tetapi sebenarnya, kelahiran kucing belang 3 memang didominasi oleh kucing betina, dan adapun kelahiran kucing jantan adalah cacat. Faktor genetik itu juga yang menyebabkan kucing jantan tersebut lahir dalam keadaan tidak subur atau mandul.
Kemungkinan kucing jantan belang 3 dibandingkan dengan kucing betina belang 3 adalah 1:10,000. Kerana itulah kucing jantan belang 3 ini dihargai dan sangat mahal di Amerika dan Eropah.






*Siapa yang ada kucing jantan tiga warna tue boleh lah sedekahkan kepada Admin :P *

27 comments:

  1. Owh.. Mcm tu... Sy ade sekor... Nak kasi tu xla... Huuu

    ReplyDelete
  2. as slm...smlm saya baru selamatkn seekor anak kucin 3 warna, kembang n JANTAN...dlm longkang n hujan lebat...pg td induk dia dtg rumah mgkin nk kidnap dia....saya x tau kisah hakikat ni n kakak senior bgtau...hope dia slmt d rumah sbb saya keja dia tgal sorg2 kt rumah...huhu..dia manjaaa sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... susah nak jumpa kucing jantan jenis tiga bulu nie.. kalau ada pun jangka hayatnya tidak panjang sebab ibu kucing akan makan anaknya sendiri.. wallahuallam

      Delete
  3. saya punya mas maine coon 3 warna jantan ......

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..sy ade jantan 3kaler..manja,aktif gile lah...putih,hitam,coklat...ade spe minat nk beli call sye..0124587814..jual s
    bb nk pindah umh baru beli sempit xde tempat...

    ReplyDelete
  5. Saya ada anak kucing baru lahir. Ada tiga kaler. .Tp tk pasti jantina dia lelaki ke tidak. .Boleh bgi tahu tk mcm mna nak tngok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing di panggil jantan bkn lelaki. Boleh tahu klu alat sulit dia ada biji. Dan betina tak ada biji.

      Delete
  6. Saya ada 1 ekor admin.. Belang 3 warna jantan.. Dari lawas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari pembeli drpd brunei.. Dengar² org brunei tercari² kuching 3 warna..

      Delete
  7. Kalau market jepun satu ekor 30 juta yen..betul atau tidak..itu jwpn drpd carian di google

    ReplyDelete
  8. Saya mpunyai tanduk kucing..kpd yg bminat bole mghubungi sa di nmbor 0198511350

    ReplyDelete
  9. Sa uga mmpunyai tanduk pelanduk dan geliga penyengat

    ReplyDelete
  10. Menurut kepercayaan dulu2, sesiapa ada anak kucing 3 bulu, jantan. Jaga dgn elok sbb dia akan membawa rezeki yg bnyk bagi keluarga yg menjaganya. Pernah terjadi pada satu keluarga yg menjaga anak kucing 3 bulu ni. Dia ada bilik sendiri, kipas dan aircond. Makanan terbaik, permainan dan seorg pembantu yg akan bermain dan menjaga kucing ini. Bilik nya di kunci dgn kombinasi seperti safe. Hanya pemilik akan membuka bilik tersebut bila tiba memberi makan atau sebagainya.
    Dan dari hari ke sehari pemilik bertambah kaya, dari segi hartanah. Dari seorg pemilik kilang pecah batu sampailah ke beberapa condominium.
    Skrng Dato tu dan kucing nya dah meninggal. Giliran anak cucu meneruskan legasi bapanya. Betul ka tdk, entah lah. Tpi family ni terkenal dan pembantu rumah itulah yg bercerita...

    ReplyDelete
  11. Kucing saya baru lahir semalam..kucing bulu lebat 3warna ..hehe..harap2 iangka hayat nya panjang.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum saya jumpa kucing tiga warna di longkang saya harap dia memberi rezeki terhadap keluarga kami

    ReplyDelete
  13. Biasanya berapa harga Kuching ni yerr hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm 6k atau 7k mcm tu. Sbb di luar negara 10k

      Delete
  14. Are you in need of Urgent Loan Here no collateral required all problem regarding Loan is solve between a short period of time with a low interest rate of 2% and duration more than 20 years what are you waiting for apply now and solve your problem or start a business with Loan paying of various bills You have come to the right place just
    contact us abdullahibrahimlender@gmail.com
    whatspp Number +918929490461
    Mr Abdullah Ibrahim

    ReplyDelete
  15. Takde kaitan pun kekayaan dengan kucing belang 3. Please stop thinking nonsense. Makes u syirik😊 yang penting apa sahaja makhluk( fokus pada kucing) , jagalah ia. Jangan berlaku zalim dengan ia.

    ReplyDelete
  16. Ohh.. Baru faham. Semalam baru dpt kucing jantan 3 warna. 3 ekor. Semua jantan dan 3 warna. Ingat kn pelik. Apa2 pun tq min

    ReplyDelete

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.