Hari ini 30 SEPTEMBER 2015 merupakan minggu yang terakhir admin untuk update blog sekolah. Sayu rasa hati untuk meninggalkan semua kenangan manis selama berada di SK Pekan Satu. Blog ini pun rasanya sudah sebati dengan diri admin sendiri.. Blog SK Pekan Satu ini diwujudkan dahulu pun secara suka suka sahaja. Penulisan pun sememangnya santai dan bersahaja.(Tak perlu serius)
Admin ingin memohon maaf kepada semua Warga SKP1 sekiranya pernah menyakitkan hati secara sengaja ataupun tidak. Halalkan makan minum..
Artikel pada kali ini admin ingin berkongsi kepada para pelawat mengenai 5 aplikasi terbaik yang perlu ada pada telefon anda. Handphone canggih tapi tiada software ni tak rock la.. hihihi :P . Admin dapat request daripada Ustaz Sayuti tolong carikan software edit text ucapan dalam handphone. Admin sendiri pun tidak terfikir sebenarnya nak cari software ni. Terima Kasih kepada Ustaz kerana bagi admin satu tugasan terakhir sebelum berpindah ke tempat baru.
Salam Takziah buah ahli keluarga Cikgu Jaafar (Guru Besar) kerana baru sahaja kehilangan ahli keluarganya (Abang ipar) pada jam 12.30 tengahari tadi. Semoga Rohnya di cucuri rahmat. Alfatihah
Gerhana Bulan Penuh atau Super Blood Moon iaitu gabungan tiga kejadian bulan penuh, fenomena Perigee dan gerhana bulan akan berlaku pada hari ini 28 September 2015.
Hari ini Rabu 23 September 2015 bersamaan 9 Zulhijjah 1436H. Esok umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Bersama kita hayati maksud sebenar ianya disambut :-
Kecil kecil cili padi...." Badan kecil tidak menghalang untuk kita menjadi Naib Juara dalam acara Bola Jaring. Syabas dan Tahniah kepada Guru-guru dan juga Akp yang terlibat untuk melatih anak-anak kecil ini hingga merangkul Naib Juara. Guru Besar cakap "sikit lagi paling manang" hehehe :P .. Tidak mengapa sebab tahun depan anak-anak ini akan mencipta sejarah tersendiri. Tu kena tunggu tahun depanlah ye.. hehehe.. SKPS PALING MANANG
Tips untuk kali ini, admin akan berkongsi artikel yang dipetik dari Majalah PC Karangkraf20 Masalah yang biasa dialami oleh pengguna serta cara penyelesaiannya. Admin berharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda semua menjadi pakar komputer. Insha Allah :)
Nota : Sesetengah penyelesaian (langkah demi langkah) dikhususkan untuk pengguna komputer dengan sistem operasi (OS) Windows 7 sahaja.
Perkakasan (Hardware)
1. Gangguan bekalan kuasa
Jika anda selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.
Penyelesaian
Gunakan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan anda masa yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup PC terlebih dahulu jika perlu.
2. Kepanasan
Sering kali berlaku kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan yang mencukupi yang mana tidak mampu menampung kerja-kerja yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen komputer/laptop tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.
Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu: Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris: Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik: Pn. Marinah Jaiob
Sains: Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam: En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab: En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina: Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual: Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani: En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan: Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup: Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan: Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral: Pn. Khaniezainah Binti Kulah
Slogan Sekolah
PELAJARAN: Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara. KUNCI: Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan. HIDUP: Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.
MISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
VISI SEKOLAH
VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.