masa itu emas

ONLINE

Wednesday, July 15, 2009

Sejarah Sekolah



Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,WilayahPersekutuan Labuan asalnya adalah S.K Pekan Labuan yang juga dikenali sebagai Sekolah Pokok Asam. Sekolah ini dibina pada tahun 1907. Tapak bangunan ini berdekatan dengan Pawagam Lido dan Kedai Buku Pustaka Melayu yang ada sekarang. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Allahyarham En. Zainal Ahmad.Memandangkan pembangunan yang pesat pada tahun 1952, sekolah ini telah dirobohkan dan dibina semula. Kedudukannya bersebelahan dengan Masjid Jamek An’Nur. Sekolah inimempunyai satu blok bangunan konkrit yang mempunyai tujuh buah bilik darjah dan bilik pentadbiran dengan murid seramai 200 orang. Pada tahun 1962 sebuah bilik tambahan telah dibina kerana pertambahan murid.Pada tahun 1979, Jabatan Pendidikan Sabah telah menempatkan satu kelas Projek Khas Vl Yayasan Sabah hingga tahun 1986. Manakala pada tahun 1978 (Dalam Rancangan Malaysia Ke-3) bangunan konkrit tambahan telah dibina. Merangkumi 10 buah bilik darjah,4 unit tandas dan 2 bilik stor. Bangunan ini dimanfaatkan sepenuhnya pada 26 Mei 1982 dan telah dirasnikan pada 12 Mac 1983 oleh Yang Berhormat En. Jamal Nordin (Wakil Rakyat).Pada tahun yang sama juga didirikan bangunan untuk kanak-kanak Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran dan bermasalah pendengaran yang beroperasi pada Julai 1996.Pada 10hb Oktober 2001, bangunan yang sedia ada telah dirobohkan untuk dinaiktaraf. Pada 5 Jun 2002, S.K Pekan Satu telah diarahkan untuk berpindah ke S.K Pantai sementara menunggu
pembinaan sekolah baru disiapkan. Ia merangkumi keluasan tanah seluas 4.26 ekar. Bangunan yang baru ini menelan belanja 18.9 juta dan dijangka siap pada April 2004. Kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah seperti bilik darjah, makmal, bengkel, kantin, dewan dan rumah guru. Sehingga ke hari ini, kira-kira 2 tahun, S.K. Pekan Satu masih menumpang di S.K. Pantai.Tarikh milik tapak bagi bangunan baru SK Pekan Satu ialah pada 10 Oktober 2002. Bangunan ini telah siap dibina pada 9 April 2004. Nombor Lot pt bangunan ini ialah 207527133 WP Labuan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, boleh tak kongsi gambar gambar lama sekolah SK Pekan 1 Labuan? Saya alumni SK Pekan 1 tahun 1981, tajaan Yayasan Sabah. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu jika sudi berkongsi. Kenangan mengusik jiwa😀

    ReplyDelete

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.