
Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah disambut meriah pada perhimpunan pagi tadi. Acara dimulakan dengan upacara bacaan doa, nyanyian lagu patriotik, kibaran bendera dan di akhiri laungan merdeka. Hadir memeriahkan sambutan ialah Puan Zabidah Bt. Karamin selaku Guru Besar dan seluruh warga SK Pekan Satu. Kebanyakan murid membawa bendera Malaysia sebagai tanda teruja untuk memeriahkan Pelancaran Bulan Kemerdekaan. Masing-masing mengibarkan bendera ketika menyanyikan lagu-lagu patriotik negara kita iaitu Malaysia. Begitu juga dengan guru-gurunya. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bersempena sam

butan Hari Kemerdekaan yang ke-52. Salah satu daripada aktiviti tersebut ialah Pertandingan Kelas Kreatif dan Pertandingan Mewarna.
No comments:
Post a Comment