masa itu emas

ONLINE

Wednesday, November 18, 2009

LATIHAN KEBAKARAN SK PEKAN SATU









Kebakaran sekolah merupakan satu tragedi yang perlu kita elakkan. Untuk mengelakkan kemalangan jiwa terjadi maka
Latihan bagi menghadapi situasi kemungkinan berlakunya kebakaran perlu dipandang serius oleh semua pihak. Ia penting agar keselamatan tetap dapat dijaga walaupun dalam keadaan cemas menghadapi situasi sebenar punca kebakaran yang berlaku. Menyedari pentingnya latihan kebakaran terbabit, Sekolah Kebangsaan Pekan Satu WP Labuan telah menjalankan Latihan Fire Drill jam 9 pagi tadi.

Kepekaan bunyi siren dan situasi kebakaran sebenar telah diuji dalam program terbabit. Warga SK Pekan Satu turut diberi pendedahan tentang cara penggunaan alat pemadam api yang merupakan peralatan penting yang perlu digunakan bagi mencegah kebakaran dari terus merebak.

1 comment:

  1. Assalamulaikum kepada guru-guru SK Pekan Satu, Saya mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang menjayakan program ini. Sebenarnya saya baru di lantik menjadi guru KKK di sekolah saya. Jadi saya ingin meminta sedikit pendapat dan tunjuk ajar dari SK Pekan Satu. Bagaimana kita harus buat untuk menjemput Bomba datang ke sekolah kita buat latihan kebakaran dan boleh tak bagi contoh surat yang di hantar ke pihak bomba.
    sekian terima kasih.

    Ridzuan, SK Taman Selesa Jaya.

    ReplyDelete

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.