masa itu emas

ONLINE

Tuesday, June 4, 2013

DEMI MASA




Al-’Asr 103: (1-3)

[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)." (Muhammad 47:36)

Hidup ini hanyalah sementara sahaja. Entah esok entah lusa kita akan pergi buat selamanya meninggalkan orang yang tersayang. Harta kemewahan, kedudukan dan darjat ketika di dunia tidak boleh dibawa ke Alam Kubur. Jika dahulunya hidup di dunia seorang yang berpangkat tinggi tapi ketika di alam kubur. Setiap yang hidup pasti akan mati dan kematian itu pasti. 




No comments:

Post a Comment

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.