Mengapa sahur itu penting.
Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“HENDAKLAH KAMU MAKAN SAHUR, SESUNGGUHNYA BERSAHUR ITU SATU KEBERKATAN.”
Artikel pada kali ini admin ingin berkongsi cerita sedikit mengenai kepentingan bersahur. Sewaktu artikel ini di taip pun admin baru sahaja selesai makan sahur. Syukur Alhamdulillah.. Umat islam disunatkan makan sahur untuk memberikan kesegaran dalam menjalani kehidupan seharian.
Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dan dengan niat kerana Allah, insyallah Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan didalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang orang yang bersahur sahaja.
Sunat melewatkan sahur.
Kita bukan sahaja disunatkan untuk bangun makan sahur, tapi kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur, kerana itulah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”
Hikmah lain sebab kita perlu bersahur.
- Bersiap-sedia untuk pergi ke surau sembahyang subuh.
- Membezakan puasa diantara orang islam dan bukan islam
“Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.”
Surah Ali- Imran ayat 15-17
Bersahur juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sebabnya kita hanya akan bersahur ketika berpuasa sahaja. Sekurang-kurangnya minum lah segelas air.
Bersahur juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sebabnya kita hanya akan bersahur ketika berpuasa sahaja. Sekurang-kurangnya minum lah segelas air.
No comments:
Post a Comment