masa itu emas

ONLINE

Saturday, July 6, 2013

TEKNIK KHAS HACK WIFI




Mesti korang sekarang nie tidak sabar-sabar mempelajari TEKNIK KHAS cara HACK INTERNET tanpa perlu mengeluarkan sesen pun. PERCUMA lah tu... Sabar dan bertenang...  Sedikit infomasi mengenai Admin yang mempunyai latar belakang Teknologi Maklumat akan memberi sedikit ilmu kepada para pembaca yang tidak putus-putus mengunjungi laman blog ini. Ini adalah hadiah kepada para pengunjung semua:-

Caranya mudah.

Ikuti TEKNIK KHAS di bawah ini.


1. Ketuk pintu rumah jiran anda, dan menanya khabar terlebih dahulu. Pastikan anda membawa goreng pisang cheese.

2. Jiran anda pasti akan tersenyum dan akan mempelawa anda masuk dengan senang hati

3. Sambil makan pisang goreng cheese, waktu inilah anda bertanya kata laluan WIFI rumah beliau.

4. Jiran anda mungkin terasa terhutang budi kepada anda diatas pemberian goreng pisang cheese tadi dan seterusnya akan memberi kata laluan WIFI rumah beliau.

Mudah bukan teknik khas ini

P/S: Tak baik HACK WIFI orang.. kalau teringin sangat nak wifi free pergilah MC Donald.. Tak perlu susah-susah nak hack... CONFIRM FREE.. Selamat mencuba.. :P

No comments:

Post a Comment

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.