masa itu emas

ONLINE

Friday, July 4, 2014

LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI


Pada 20 Jun 2014 bersamaan Hari Jumaat merupakan tarikh terakhir mantan Guru Besar SK Pekan Satu, En. Matlong Bin Matusin Mentadbir sekolah. Beliau telah memulakan tugas di SK Pekan Satu pada Mac 2012. Hampir 2 tahun beliau memimpin SK Pekan Satu telah meninggalkan banyak kenangan dan pengalaman yang bermakna kepada seluruh warga sekolah.Beliau merupakan seorang Pentadbir yang sangat "sporting" dan murah dengan senyuman.
Selamat Bersara Cikgu Matlong, semoga cikgu dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat di samping keluarga yang tersayang.Warga sekolah juga mengharapkan cikgu dapat bersara dengan tenang dan berpuas hati di atas segala pencapaian sepanjang perkhidmatan bergelar pendidik. Terima Kasih Cikgu! Jasamu dikenang.

Tanggal 26 Jun 2014 SK Pekan Satu telah menerima kehadiran Guru Besar yang Baharu iaitu En Jaafar Bin Matusin. Kami warga SK Pekan Satu mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Guru Besar baharu yang menggantikan Mantan Guru Besar yang lama iaitu  Cikgu Matlong Bin Matusin yang telah bersara. Semoga kehadiran Guru Besar baharu ini akan dapat memberi semangat kepada semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah ini. Semoga SK Pekan Satu terus cemerlang dari segala aspek, insyaAllah..


En. Jaafar Bin Matusin
Guru Besar SK Pekan Satu 

No comments:

Post a Comment

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.