masa itu emas

ONLINE

Friday, May 8, 2015

Bunga tercantik di dunia..??



Banyak banyak bunga... Bunga apa yang paling cantik di dunia..?? Hah.. Cuba teka..Bunga Cinta Lestari..?? OOppppss itu bukanlah spesis bunga baharu tapi tu nama artis indonesia.Admin bukan mahu cerita pasal artis tapi nak kongsikan juga cerita pasal bunga.(mentang-mentanglah rangkin pelawat naik sebab topik bunga termahal terus sahaja admin post lagi artikel berkaitan pasal bunga) . Berikut adalah bunga tercantik dan terindah di dunia.

Bleeding Heart
Bleending Heart
Bunga ini memiliki bentuk yang sangat Unik dan cantik sekali.Bentuknya seperti hati sesuai sangat kalau di SK Pekan Satu dapat menanam bunga ini di kawasan sekolah.Pasti SK Pekan Satu menjadi antara sekolah  tercantik di Malaysia. Bleeding Heart dikenali sejak tahun 1894 dan banyak ditemukan di negara Jepun, Korea Selatan, dan Siberia. (siapa yang ke jepun tu lain kali sila bawa benih bunga ini ke malaysia)
Oriental Poppy
Oriental Poppy
Warna merah dan hitam di tengahnya merupakan ciri khas bunga ini. Perpaduan warna tersebut membuat bunga ini menjadi salah satu yang tercantik di dunia. Bunga ini sebenarnya hampir mirip dengan bunga mawar, yang membezakan adalah bintik hitam.
Blue Bells
SONY DSC
Bunga yang menyerupai lonceng ini jarang kita jumpai di negara-negara Asia, kerana banyak tumbuh di Negara Eropah. Bunga ini pun kalau ada di sekolah kemungkinan besar tinggal batangnya sahaja. Bunganya habis di petik oleh pelajar. (Admin pun tidak boleh di percayai juga :P)
Kala Lili
Kala Lili
Bunga tercantik dan terindah selanjutnya adalah bunga Kala Lili yang memang banyak dijadikan sebagai tanaman hias. 
Sakura
Sakura
Bunga yang sangat popular di dunia ini berasal dari negara Jepun. Di negara tersebut banyak yang menjadikan Sakura menjadi nama produk. Tapi di labuan pun ada juga spesis pokok macam ini. Kita boleh lihat di kawasan bandar labuan spesis ini berkembang pada bulan Mei. Sekarang ini banyak dah gugur.
Dahlia
Dahlia
Bunga Dahlia tumbuh dan dihiasi oleh kelopak-kelopak bunga sehingga menyerupai teratai. Warnanya yang sangat cantik sehinggakan ramai yang menyukai bunga ini.
Mawar
Mawar
Bunga tercantik dan terindah yang terakhir adalah Mawar. Bunga ini sangat popular karena bagi sebagian orang Mawar merupakan simbol atau bunga yang mempunyai makna. Bunga ini lazimnya akan diberikan kepada insan yang teristimewa. Betul ke..??

P/s: Admin masih menunggu respon guru-guru yang ingin berkongsi gambar bunga. Admin cuma tanam lada sahaja di rumah...

No comments:

Post a Comment

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.