masa itu emas

ONLINE

Tuesday, July 2, 2013

WhatsApp dalam komputer ?



Siapa kata WhatsApp hanya untuk handphone yang canggih sahaja..( canggih lah sangat ) Dengan menggunakan komputer pun kita boleh WhatsApp dengan rakan-rakan kita yang lain. Tidak semestinya kita perlu ada telefon canggih baru kita boleh menggunakan WhatsApp. Yang penting sekali PC anda hendaklah mempunyai talian internet. Kalau tiada internet tu harap maaf aje ye.. Admin tak boleh nak buat apa-apa :P .

Artikel pada kali ini admin akan bercerita sedikit mengenai WhatsApp.
Mungkin ada yang sudah lama menggunakan aplikasi ini dalam handphone. Aplikasi WhatsApp ini selalunya di gunakan untuk sms kawan-kawan dan ianya menggantikan terus Yahoo Massengger. Banyak syarikat berlumba-lumba mencipta Aplikasi canggih setiap masa. Baiklah di bawah ini ada cara-cara untuk memasang WhatsApp dalam pc anda:-

1. Memuat turun dan memasang Bluestack

2. Cari WhatsApp dalam skrin Bluestack

3. Pasang WhatsApp

4. Konfigurasi nombor telefon dan maklumat di dalam WhatsApp anda

5. Pilih negara di mana Anda berada sekarang

6. Masukkan kod negara dan nombor telefon

7. Tunggu sehingga proses selesai dan setelah itu satu pesanan ringkas akan tertera dalam handfone untuk di verifikasi

8. Proses verifikasi bergantung kepada kelajuan internet yang di gunakan

9. Setelah verifikasi dari server berhasil, Anda akan menerima kiriman 3 digit nombor yang harus Anda taip

10. Lengkapkan profil anda

11. WhatsApp telah siap digunakan melalui PC.


Catatan: RAM sekurang-kurangnya 2GB


No comments:

Post a Comment

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.