masa itu emas

ONLINE

Saturday, June 29, 2013

K9 PROTECTION

Protect Your Children!

An open Internet is unsafe for children and parenting in this digital age is difficult. We provide tools for parents to control unwanted content and provide a safe Internet for your family.
K9 Web Protection is a free Internet filter and parental control software for your home Windows or Mac computer. K9 puts YOU in control of the Internet so you can protect your kids

1BESTARINET


Friday, June 28, 2013

SUNNAH DAN ADAB-ADAB HARI JUMAAT


Salam Jumaat kepada semua yang sedang membaca artikel ini. Artikel pada kali ini admin akan bercerita serba sedikit mengenai sunnah dan adab-adab pada hari jumaat. 

1. MANDI

Sabda baginda yang bermaksud,
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


2. Menghias dan Pakai Wangi-wangian

Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.”

Wednesday, June 26, 2013

WARNA TERAPI MENGIKUT HARI



Salam sejahtera... Jika Artikel sebelum ini admin pernah bercerita mengenai kenali perwatakan diri melalui warna, dan hari ini sekali lagi admin akan bercerita mengenai warna terapi mengikut hari.


Isnin.

Warna Putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Warna Putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

Bunga warna Putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga Putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Mereka yang mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya'ALLAH.



Selasa.

MUTIARA KATA HARI INI


Monday, June 24, 2013

10 SEBAB MENGAPA KURMA PERLU DI MAKAN TERLEBIH DAHULU DAN DI JADIKAN SEBAGAI JUADAH UTAMA



Tinggal 2 minggu sahaja lagi kita akan meninggalkan Bulan Syaaban dan Insha Allah kita akan bertemu dengan Bulan Ramadhan. Setiap kali puasa kita pasti akan dengar perkataan "Yusuf taiyoob" (sambil berbisik) . Iklan tersebut selalunya berkait rapat dengan buah kurma. Kenapa kurma yang perlu di ambil terlebih dahulu selain dari air? 


DOA KELUARGA BAHAGIA



Semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat. 

ASTAGFIRULLAHAL ' ADZIM

OH.. JEREBU

Sunday, June 23, 2013

TAHUKAH ANDA..?



Diatas permintaan ramai sekali lagi Admin akan bercerita mengenai ikan. Artikel pada hari ini Admin akan bercerita sedikit mengenai ikan bawal.
Tahukah anda Ikan Bawal terbesar di dunia pernah di tangkap di Alaska (bahagian Norway) oleh seorang pesara polis dengan Seberat 270kg. Harga ikan setelah di convert duit malaysia harganya mencecah RM10000... Erk... mahalnya.. kalau dapat seekor ikan bawal seberat ini apa yang korang akan masak??Admin sendiri pun tidak pernah dapat ikan seberat ini.


MUTIARA KATA HARI INI


Friday, June 21, 2013

IKAN SEBELAH


En. Irham bergambar dengan ikan sebelah

Artikel untuk minggu ini ialah mengenai Ikan sebelah atau nama saintifiknya Achiroides melanorhynchus. Ikan sebelah ataupun ada orang gelar ikan sisa nabi adalah tergolong dalam ikan airmasin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk diMalaysia. Ikan sebelah ini tidaklah terlalu agresif sepertimana ikan-ikan yang lain. Admin pun tidak lah begitu arif sangat mengenai ikan sebelah ini dan sekirannya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai ikan sebelah silalah rujuk kepada jabatan perikanan kerana mereka lebih arif untuk menceritakan semua spesis ikan yang terdapat di malaysia. 

MUTIARA KATA


SELAMAT HARI LAHIR CIKGU MATLONG

Hari ini warga sekolah telah membuat satu kejutan untuk Guru Besar En Matlong Bin Matusin sempena hari lahir beliau ke 57 tahun. Selamat Hari Lahir Cikgu semoga di panjangkan usia, sihat tubuh badan serta mendapat pengakhiran yang baik. AMIN :D

Thursday, June 20, 2013

MASALAH PAIP TERSUMBAT ?? ADA CARA UNTUK MENGATASINYA




Artikel pada kali ini Admin akan berkongsi satu lagi petua yang mungkin berguna pada semua pembaca. Pernahkah rumah anda mempunyai masalah paip tersumbat?? Jika pernah apa yang anda buat? Masalah ini selalunya berlaku di perumahan flat. Betulkan? Masalah ini pun pernah berlaku sama diri admin sendiri. Admin sudah buat pelbagai cara termasuklah tuang air panas dan cara paling tragik (PAM AIR sampai surut).. Setelah pelbagai cara sudah di buat admin dengan rela hati menaip "google" dan jawapan untuk permasalahan ini sudah selesai. Tidak perlu lagi kita mengeluarkan tenaga yang banyak juga tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk membayar "Tukang Paip".

MUTIARA KATA HARI INI


Wednesday, June 19, 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6 2013

Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. 


" Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKU, nanti AKU akan penuhkan dadamu dengan kekayaan, dan AKU menutupkan kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti AKU akan penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja dan AKU tidak akan menutup kemiskinanmu."

(Hadith Qudsi, Riwayat Ahmad)


Mutiara Kata Hari Ini


Tuesday, June 18, 2013

Hari Guru Peringkat W.PLabuan


Pada Hari Sabtu yang lalu telah berlangsungnya Hari Guru Peringkat W.P Labuan bertempat di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan. Tahniah kepada anak-anak guru sk pekan satu yang mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik. Tahniah juga kepada guru yang memenangi Anugerah Guru Inovatif .

PAKAR MATEMATIK


Artikel pada hari ini Admin akan bercerita sedikit mengenai kepentingan matematik . Kenapa kita perlu belajar matematik?Matematik penting dalam kehidupan seharian kita. Kita hendak pergi ke kantin pun kita perlu mengira wang yang perlu di bayar kepada pekerja kantin di sekolah.  Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Tahukah anda  Al-Khwarizmi, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi yang berketurunan Parsi berasal dari kawasan Khwarizm, di kawasan Aral Sea yang hari ini sebahagian daripada Uzbekistan dan Turkmenistan.



Al-Khwarizmi adalah salah seorang ilmuan matematik di Bait al-Hikmah (House of Wisdom) yang diasaskan oleh Khalifah al-Ma’mun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Dilahirkan disekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun sekitar 850 Masihi. Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi dan juga ahli geografi di Bait al-Hikmah.

MUTIARA KATA HARI INI


Monday, June 17, 2013

JENAYAH MUSUH NEGARA


Gambar ini dipetik dari Laman Sosial

Sekarang ini, kita selalu terbaca di dada akhbar mengenai curi kereta.
Admin ingin berkongsi sedikit mengenai gambar di atas.. Masa Admin melayari laman sosial, Admin terbaca satu artikel mengenai LSD-Tech.. Siapa tahu apa kegunaan LSD-Tech ? Untuk pengetahuan para pembaca, LSD-Tech ini di gunakan untuk membuka  kereta tanpa menggunakan kunci asal. Alat ini ada kebaikkan dan keburukkannya. 

Mutiara Kata Hari Ini


TAHUKAH ANDA..... ??


Artikel pada hari ini  admin akan bercerita mengenai ikan pula. Biarlah variasi sedikit blog sekolah agar para pembaca tidak berasa bosan bila melawat laman blog sekolah. Selamat Membaca :)

Ikan Ketutu

Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu, haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, ataupun ikan belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga di kawasan air payau kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana

Thursday, June 13, 2013

Bekas Pelajar Pondok menjadi Rakyat Malaysia Pertama bertugas di Universiti Oxford


Tahukah anda Rakyat Malaysia Pertama yang menjadi Pensyarah di Universiti Oxford merupakan seorang melayu yang mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor dan seterusnya menyambung pelajarannya di beberapa pondok

Wednesday, June 12, 2013

Tahukah anda Penang Free School merupakan sekolah pertama di Malaysia



Tahukah anda ..


Penang Free School yang terletak di Church Street, Pulau Pinang merupakan sekolah pertama di Malaysia yang telah dibuka dengan rasminya pada 20 Oktober 1816. Penubuhan sekolah ini adalah atas daya usaha seorang paderi Inggeris bernama R.S. Hutchings yang telah membuat rayuan kepada Kompeni Hindia Timur supaya sebuah sekolah untuk anak-anak yatim tanpa mengira bangsa dibina. Sekolah ini mempunyai 25 orang murid sewaktu mula-mula dibuka.


Mereka diajar menggunakan bahasa vernakular Melayu, India dan Cina dan Bahasa Inggeris diajar kepada murid-murid yang berminat. Pembiayaan bagi membesarkan sekolah ini pada tahun 1817

Monday, June 10, 2013

Kenapa Nabi Melarang Minum Berdiri ?

Kenapa Nabi melarang kita minum berdiri ?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’

AMALAN BERSEDEKAH

Kelebihan Berpuasa di Bulan Sya'ban


Disunatkan berpuasa keseluruhan hari di bulan Sya’ban atau kebanyakan harinya. Ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa (sunat) sebulan penuh dalam setahun kecuali di bulan Sya’ban di mana baginda menyambungnya dengan Ramadhan” (HR Imam Abu Daud dan an-Nasai). ‘Aisyah r.a. pula menceritakan; “Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Kelebihan Bulan Syaaban



Bulan Rejab telah pun pergi meninggalkan kita dan kini Bulan Syaaban pula menjelma. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi kita akan bertemu dengan Bulan Ramadhan. 
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.